Pada petang 26 Julai 2008, KRS IPKT PISMP telah mengadakan aktiviti "Masakan Rimba".
Tempat : Padang Bola Baling Institut Perguruan Kuala Terengganu
Masa : 2.30pm - 4.30pm
Aktiviti : "Masakan Rimba"
Melalui aktiviti ini, semua ahli KRS telah didedahkan tentang cara-cara memasak di dalam hutan belantara. Antara kemahiran penting yang diajar pada petang ini ialah memasak nasi, telur, ubi kentang, dan yang paling istimewa ialah "kueh lilit". Ada ahli yang memasak nasi menggunakan buluh, tin makanan, kelapa dan sebagainya. Antara gambar yang sempat lensa rakamkan ialah :